Stor eksibit IPD Sepang dipecah masuk, kata KPN

0
208

KETUA Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan stor eksibit IPD Sepang dipecah masuk, semalam.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berkaitan perkara itu.

“Ya, saya sahkan memang ada kes itu. Bagaimanapun, kita sedang menjalankan siasatan lanjut,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Terdahulu, tular laporan berkaitan kejadian terbabit yang mendakwa stor eksibit IPD Sepang dipecah masuk sehingga mengakibatkan beberapa barang kes dilarikan penjenayah.

Laporan itu turut mendakwa hasil pemeriksaan mendapati suspek memecah masuk dengan memotong dawai atas pagar bahagian stor dan memasuki melalui lubang kaunter tingkap stor.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Hussin Omar Khan, berkata pihaknya menjalankan siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk.

“Semuanya masih dalam tindakan polis,” katanya, lapor FMT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here