‘Lantik speaker bukan ADUN sebagai syarat serah Dusun Tua kepada UMNO’

0
234

DAP berkata parti itu mencadangkan agar speaker DUN Selangor dilantik dari kalangan bukan Adun, sebagai pertukaran kerana menyerahkan kerusi DUN Dusun Tua kepada Umno.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, mereka juga mencadangkan penyandang DUN Banting Lau Weng San sebagai calon speaker.

“Ketika kami diminta serahkan Dusun Tua, syarat kami adalah kami cadangkan bukan Adun sebagai speaker DUN.

“Dan kami cadangkan Lau (untuk jawatan itu),” katanya ketika diminta mengulas keputusan DAP untuk menyerahkan DUN Dusun Tua kepada Umno dalam PRN akan datang.

Loke berkata demikian ketika sidang media mengumumkan calon DAP untuk PRN Selangor, di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur hari ini.

Lau tidak akan mempertahankan kerusinya dalam PRN ini.

Loke berkata syarat itu disampaikan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH Anwar Ibrahim yang setuju dengan perkara itu.

Dusun Tua disandang oleh Edry Faizal Eddy Yusof.

Kerusi itu merangkumi 63 peratus pengundi Melayu, diikuti 28 peratus pengundi Cina, India (tujuh peratus) dan lain-lain (dua peratus).

Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Loke berkata ada pemimpin DAP yang “kecewa” kerana terpaksa melepaskan Dusun Tua kepada Umno tetapi mereka akan akur dengan keputusan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here