Remaja didakwa bunuh adik

0
117

SEORANG pelajar Tingkatan Dua didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas tuduhan membunuh adiknya di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu, di sini, awal bulan ini.

Tertuduh yang memakai baju-t biru dan berseluar sukan hanya menunduk dan kelihatan tidak memahami sejurus dibacakan pertuduhan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman dengan kehadiran ibu bapanya.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada juvana berusia 14 itu.

Mengikut pertuduhan dia didakwa menyebabkan kematian adiknya berusia sembilan tahun, di sebuah rumah di Jalan Bukit Piatu, Kampung Bukit Piatu, di sini, pada 5 Julai lalu, antara jam 11.30 pagi hingga 12.35 tengah hari.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika disabitkan membawa hukuman mati.

Pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dihantar menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Johor Bahru, Johor.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 22 Ogos depan lapor BH.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here