Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Shahidan Kassim sahkan tidak tanding PRN -

Shahidan Kassim sahkan tidak tanding PRN

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan tidak akan bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, bulan depan.

Sebelum ini tokoh politik berusia 71 tahun itu dilaporkan tidak menolak kemungkinan akan bertanding sebagai calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Katanya, ia bagi memberi laluan kepada calon muda untuk bertanding di negeri berkenaan.

“PN perlu mengetengahkan lebih ramai calon muda untuk bertanding di Selangor.

“Apa yang paling penting sekarang ini, kita dapat memerintah Selangor,” katanya ketika ditemui selepas ceramah pasca bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Kambing, di Kuala Terengganu, malam tadi.

Shahidan yang juga bekas Menteri Besar Perlis berkata, beliau tidak berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya itu nanti dan akan berbincang dengan parti sekiranya beliau dipilih sebagai calon di Selangor.

“Kalau nama saya naik pun (menjadi calon), saya nak bincang (dengan pimpinan PN). Tumpuan saya kini adalah untuk membantu berkempen bagi calon PN di enam negeri menjelang PRN ini,” katanya, lapor BH Online.

Bulan lalu Shahidan dilaporkan berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan PN untuk meletakkannya sebagai calon pada PRN.

“Itu terpulang kepada kepemimpinan. Saya tiada masalah (bertanding dalam PRN). Saya yang nak tolong supaya enam negeri ini, PN mencapai kejayaan,” kata Shahidan.