Pentadbiran UMNO punca Kelantan mundur

0
194

KELANTAN mundur bukan disebabkan pentadbiran PAS, tetapi disebabkan pentadbiran UMNO sejak 30 tahun dahulu.

Demikian dakwaan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari ketika diminta mengulas mengenai persepsi negatif yang terus berlegar mengenai negeri che siti wan kembang itu yang dikatakan akan terus mundur jika terus ditadbir oleh pentadbiran PAS.

“Persepsi ini tidak betul dan sengaja diadakan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos depan.

“Rakyat kini semakin celik dan banyak akses lebih terbuka untuk sesuatu berita. Bukan lagi hanya bergantung kepada RTM dan TV3 sahaja.

“Jika benar pentadbiran negeri di bawah PAS/PN mundur atau ‘cikai’ kenapa dalam pilihan Raya Umum (PRU) baru-baru ini, PAS dapat 44 kerusi dalam Parlimen dan terbanyak dalam sejarah, katanya ketika ditemui pada Konvensyen Profesional Malaysia 2.0 di IDCC Shah Alam, hari ini.

Ahmad Fadhli turut menangkis dakwaan anak muda menolak PAS dan ia dibuktikan dengan gelombang hijau sejak PRU-14.

“Saya optimis gelombang hijau akan terus kekal menjelang PRN bulan depan. Jika negeri Kelantan ‘cikai’ kenapa ramai guru di negeri itu tidak mahu keluar sedangkan ramai yang menunggu untuk balik ke kampung.

“Ini membuktikan indeks kebahagiaan (happiness index) jelas dan tiada sebab ia jadi negeri mundur,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here