Kumpulan hak asasi bidas Anwar ‘pura-pura tak tahu’ pindaan undang-undang kewarganegaraan

0
147

KUMPULAN hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) hari ini mengecam kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung cadangan pindaan undang-undang kewarganegaraan yang mana pakar dan aktivis memberi amaran akan menganiaya puluhan ribu kanak-kanak tanpa kerakyatan.

LFL turut mendakwa perdana menteri “berpura-pura tidak tahu” dengan hanya memberi komen atas kewarganegaraan yang sama bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara dengan ibunya adalah warga Malaysia.

Pengarah LFL Zaid Malek dalam satu kenyataan, berkata Anwar tidak berkata apa-apa mengenai cadangan untuk menghapuskan Seksyen 1(e) Jadual Kedua Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi individu tanpa kerakyatan, atau hak kewarganegaraan untuk kanak-kanak dan anak yatim dalam Seksyen 19B. 

“Beliau nampaknya tidak mempunyai firasat tentang graviti dan kesan pindaan yang dicadangkan ke atas individu tanpa kerakyatan, dan ini membingungkan dan ini tidak boleh diterima daripada perdana menteri,” katanya. 

“Adakah Anwar tidak diberi dimaklumkan mengenai isu itu oleh pegawainya atau beliau mengenepikan isu itu?”

Semalam, Anwar berkata beliau akan mempersembahkan cadangan pindaan itu kepada Majlis Raja-raja dalam masa terdekat dalam usaha menyelesaikan isu kewarganegaraan anak bagi wanita rakyat Malaysia dan pasangan warga asing, yang lahir di luar negara.

“Undang-undang menyebut hak warganegara hanya kepada bapa, tidak termasuk ibu. Jadi kita nak masuk ibu bapa, kerana dalam Perlembagaan, tak adil hanya letak bapa dan tak masuk ibu. Itu sahaja yang nak dikemukakan,” katanya lapor Malaysianow.

Anwar berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Undang-undang Malaysia (IMLC) 2023, di Kuala Lumpur.

Mengenai nasib mereka yang tidak berkewarganegaraan, beliau berkata Kementerian Dalam Negeri menerima banyak permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15(A) Perlembagaan Persekutuan, yang menuntut tindakan segera dilakukan bagi menanganinya.

Beliau berkata beberapa isu kritikal menyumbang kepada cabaran yang dihadapi oleh penduduk tanpa kerakyatan di Malaysia.

Lebih 100 pertubuhan dan aktivis yang terlibat dalam memperjuangkan kewarganegaraan sama rata sebelum ini memberi amaran kepada Putrajaya terhadap sebarang cubaan untuk meminda undang-undang kewarganegaraan secara senyap-senyap yang boleh menganiaya kanak-kanak tanpa kerakyatan.

Pakar Perlembagaan  Shad Saleem Faruqi memberi amaran sebarang keputusan untuk menghapuskan perlindungan Perlembagaan bagi melindungi individu daripada diberikan status tanpa kerakyatan akan mewujudkan sekumpulan besar individu tiada kewarganegaraan di negara ini.

Sementara itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata pindaan yang dicadangkan itu dilihat “mengabaikan keperluan untuk mengambil kira keadaan dan faktor yang menyebabkan individu, terutamanya kanak-kanak menjadi tiada kewarganegaraan”.

Namun Zaid berkata walaupun kritikan daripada Suhakam dan pihak berkepentingan lain, menteri dalam negeri “mendiamkan diri”, manakala Anwar sendiri hanya memberi komen mengenai pindaan undang-undang kewarganegaraan untuk kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada wanita warga Malaysia. 

“Jika anda mendengar Anwar, nampaknya ini satu-satunya pindaan yang dicadangkan,” katanya.

Sambil menambah Pakatan Harapan (PH) sudah berjanji sejak zaman pembangkang untuk menyelesaikan masalah tanpa kerakyatan, beliau berkata PH “tidak boleh tidak mengabaikan janji itu” kerana gabungan itu kini menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan.

“Sebagai perdana menteri, masalah terhenti dengan Anwar,” katanya. 

“Beliau mesti segera menarik balik bahagian-bahagian pindaan Kementerian Dalam Negeri yang akan membahayakan nyawa dan masa depan anak-anak yatim, kanak-kanak dan orang tanpa kerakyatan yang lain. 

“Anwar tidak boleh mengetuai pewujudan sekumpulan besar individu tiada kewarganegaraan di Malaysia, yang pastinya akan dilakukan menerusi cadangan pindaan kerajaannya.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here