Bomba gali beting pasir cari mangsa kepala air terakhir

0
155

PASUKAN mencari dan menyelamat membuat keputusan menggali kawasan beting pasir sekitar Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman sebagai ikhtiar mencari mangsa terakhir tragedi kepala air yang masih hilang.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, mangsa terakhir, Putri Nor Fatin, 14, dikhuatiri tertimbus di dalam beting pasir terbabit.

“Beting-beting pasir itu baru wujud berikutan perubahan aliran air sungai disebabkan kejadian kepala air tempoh hari.

“Berdasarkan pengalaman pencarian kes-kes sebelum ini, terdapat kemungkinan mangsa tertimbus di dalam beting pasir baru wujud berkenaan,” katanya di Kemaman hari ini, lapor Kosmo!.

Azman berkata, khidmat anjing pengesan akan digunakan bagi mengesan mangsa setelah beting pasir itu selesai digali.

Tambah beliau, operasi mencari dan menyelamat masuk hari ketujuh semalam turut akan menumpukan pencarian di kawasan timbunan kayu hanyut di sekitar lokasi kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here