[VIDEO] Tiada tanda penurunan, harga barangan terus naik

0
279

KENAIKAN harga barangan asas terus meresahkan pengguna apabila tiada tanda-tanda akan turun sejak enam bulan lalu.

Tinjauan SatuBerita di Pasar Malam Taman Samudra, Gombak mendapati rata-rata pengguna mengeluh kerana terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membeli barangan keperluan harian mereka.

Bagi Farah Mohd Noor,38, kenaikan harga barang benar-benar memberi impak kepada perbelanjaan keluarganya termasuk tiga orang anak.

“Dahulu saya beli sayur di pasar malam seikat dalam RM5 tetapi sekarang sudah naik kepada RM6. Begitu juga dengan kuih-muih sebekas RM6 berbanding dahulu,RM5.

“Saya faham, peniaga juga mencari rezeki dan mereka tiada pilihan kerana memang sekarang barang asas mahal. Jadi untuk menjimatkan kos, ditambah anak yang masih bersekolah saya lebih gemar memasak sendiri untuk bekal keluarga,” katanya.

Bagi Nur Hidayah Yusoff,34 kenaikan harga barang harian memberi kesan buat dirinya selaku ‘baker’ yang perlu berdepan ketidaktentuan harga barang setiap hari.

“Jujurnya rasa agak ‘down’ juga bila harga barang tidak turun sejak kebelakangan ini. Perniagaan saya sangat terkesan kerana pelanggan lebih berkira-kira sebelum membuat tempahan.

“Bayangkanlah harga tepung kek sahaja naik sehingga tiga kali dalam seminggu. Itu belum termasuk harga telur, marjerin , telur dan lain-lain.

“Saya sendiri terkejut apabila harga daun sup mencecah RM11 sekilogram berbanding RM7 sebelum ini. Begitu juga dengan cili api merah naik sehingga RM14 berbanding RM8 sebelum ini,” katanya.

Bagi peniaga, Wirda Tahat,50, kenaikan harga barang tanpa kawalan membuatkan dirinya serba salah untuk menjual barangan kepada pelanggan.

Apa tidaknya, harga berbeza setiap hari daripada pembekal menyukarkan dirinya memberi harga jualan kepada pelanggan.

“Kadang-kadang rasa susah juga. Sebelum ini saya beli seguni bawang merah daripada pembekal dengan harga RM50, sekarang sudah naik RM66.

“Begitu juga dengan bawang putih. Sebelum ini RM60 sekarang RM85 seguni. Halia pula sekotak mencecah RM85 berbanding RM60 sebelum ini.

“Macam mana saya nak jual dengan harga yang murah jika harga saya beli selalu naik. Untu mengelakkan barangan jualan tidak laku, saya terpaksa kurangkan kuantiti dan kekalkan harga walaupun untung sedikit,” katanya-SB.

Sumber: Tinjauan Pasar Malam Taman Samudra 5 Julai 2023

@satuberita3

Sayur dilaporkan naik harga, apa yang paling ketara? Kongsi di ruangan komen #sayur #hargasayur #barangmakanan #food #naikharga #ekonomi #fyp #malaysia

♬ original sound – SatuBerita – SatuBerita

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here