‘RM300 separuh troli’ – realiti dihadapi rakyat ekoran harga barang mahal

0
525

‘DAHULU dengan nilai RM300 kena guna dua troli atau penuh satu troli, tetapi sekarang hanya separuh troli.’

Itu luahan seorang surirumah selesai berbelanja barangan keperluan harian di sebuah pasar raya di ibu negara baru-baru ini.

Berkongsi perasaan itu di laman Facebook, pemilik akaun yang hanya mahu dikenali sebagai Noor berkata, selepas mendapat ‘gaji’ daripada suami beliau terus ke pasar raya membeli barang keperluan bagi mengurus ‘makan minum satu keluarga’.

“Belilah serba sikit ayam dua ekor, ikan kembung dan cencaru. Siakan sekor RM8.90 ambik dua ekor sbb kecik2 ikannya .

“Udang tak sampai sekilogram, sotong setengah kilogram sebab ada promosi RM14 sekilogram.

“Ambik sayur sikit gedebuk gedebak ..asam jawa, garam, carrot, tauhu 5 ketul, – RM314,” tulisnya.

Menyambung pengalamannya Noor menulis “Ini la harga sekarang separuh troli je tu. Dulu kalau 300 boleh dpt dua troli. Atau satu troli penuh,” ujarnya.

Perkongsian Noor mendapat reaksi rakan-rakannya yang turut mengakui harga barangan keperluan pada masa ini semuanya mahal.

“Sekarang itulah nilainya. Semuanya mahal,” tulis Khai.

Membalas komen rakannya itu, Noor menambah RM50 sudah tidak ada apa boleh dibeli.

“Saya kalau nak pi pasar malam tak berani bawa anak-anak. Kang dia orang teringin kita duit bercatu,” tulis Noor.

Seorang lagi rakan Noor dikenali Iza menulis, dengan gaji dapat tiap-tiap bulan, tak langsung dapat hendak dibuat simpanan.

“Terasa oiii la ni barang mahal sungguh. Dengan elektrik nak naik lagi,” tulis Iza.

Situasi harga barang mahal turut disokong seorang lagi rakan Noor dikenali Ina yang menulis,: “Ya.. semua barang mahal sekarang.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here