Tragedi kepala air: 7 lagi mayat ditemukan

0
124

TUJUH lagi mayat dipercayai mangsa tragedi kepala air di Sungai Teladas, Air Putih Chukai, ditemui hari ini.

Ia menjadikan keseluruhan mangsa ditemui setakat ini adalah sembilan orang termasuk dua beranak yang ditemui semalam.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata, penemuan tujuh mayat itu di sektor A dan B kawasan pencarian.

Harian Metro semalam melaporkan, dua beranak ditemui mati lemas sementara lapan lagi mangsa hilang dalam kejadian kepala air dipercayai berlaku petang kelmarin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here