Hilang ketika jala ikan di lombong, lelaki ditemui lemas

0
157

SEORANG lelaki ditemui lemas selepas dilaporkan hilang ketika menjala ikan di sebuah lombong di Jalan Bidor-Teluk Intan, Tapah semalam.

Mayat M Krisnan, 45, dijumpai pasukan penyelamat kira-kira 9.21 pagi tadi di tebing lombong, hampir 20 jam selepas operasi mencari dan menyelamat diaktifkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata pencarian diteruskan pagi ini dengan memfokuskan kawasan jaring mangsa ditemui semalam.

“Dua bot digunakan dalam lingkungan jarak 30m dari tebing ke lokasi jaring mangsa dengan kaedah pusaran air dan bentuk lapan,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Unit Anjing Pengesan (K9), pegawai Zon 2 dan polis menyertai operasi itu.

“SAR yang diketuai komander operasi A Ravi tamat pada 10 pagi.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here