Wan Saiful: Sekatan laman web tunjukkan wajah sebenar Anwar

0
159

AHLI Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyekat kebebasan akhbar dan menggesa pemerhati dari negara asing mengambil perhatian.

Ini susulan dakwaan pihak berkuasa telah menyekat sebahagian akses ke laman web MalaysiaNow dan Malaysia Today.

“Pemerhati negara dan antarabangsa, seharusnya tahu sekarang bahawa Anwar dan pentadbirannya sangat jauh daripada (imej) reformis yang mereka pura-purakan itu,” katanya dalam satu kenyataan lapor Malaysiakini hari ini.

“Kita harus sedar bahawa ini adalah warna sebenar Anwar.

“Dia pendendam, drakonian, dan tidak cekap,” dakwa Wan Saiful.

Didapati sesetengah ISP menyekat akses ke tapak web tersebut. Menteri Komunikasi dan Multimedia Fahmi Fadzil menafikan mengeluarkan sebarang arahan untuk berbuat demikian.

Wan Saiful yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggu (MPT) Bersatu berkata sekatan laman web berita berkenaan merupakan penyalahgunaan kuasa penguatkuasaan untuk menutup ketidakcekapan kerajaan.

“Kita sedia maklum baru-baru ini Fahmi mengugut aktivis media sosial dengan tindakan polis. Sebelum itu beberapa aktivis media sosial telah dipanggil untuk siasatan pihak berkuasa.

“Semua ini adalah gejala sikap pentadbiran ini terhadap kebebasan bersuara,” katanya.

Fahmi sejak itu menjelaskan bahawa dia menangani mereka yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan kebencian mengenai topik kaum, agama dan royalti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here