Seorang maut, 15 lagi cedera dalam nahas tiga kenderaan

0
145

SEORANG wanita maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Mersing – Jamaluang berhampiran Kampung Wak Saam di Mersing, Johor awal pagi Isnin.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Anuar Hussin, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan berkenaan kemalangan jalan raya itu melalui talian MERS999 sekitar jam 2.59 pagi.

Beliau berkata, sebaik menerima panggilan berkenaan, satu jentera LFRT dari BBP Mersing serta tujuh anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Seorang lagi mangsa dari kereta jenis Mitsubishi telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Menurutnya, tiga lelaki daripada kereta BMW dan tiga lelaki serta dua kanak-kanak dari kereta Perodua Myvi mengalami kecederaan.

“Bagi kereta Mitsubishi pula, seramai empat lelaki dewasa, dua perempuan dewasa, seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan sementara seorang wanita meninggal dunia.

“Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Mersing dengan menaiki ambulans milik KKM.

“Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya, lapor Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here