Shahrir cadang Anwar bubar Menteri Ekonomi

0
144

VETERAN UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar membubarkan Kementerian Ekonomi yang diterajui Rafizi Ramli.

Shahrir dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, ia susulan kementerian itu yang langsung tidak berkesan dalam merencanakan ekonomi negara sama seperti ketika pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“DSAI (Anwar) tak payah ikut struktur Jemaah Menteri Kerajaan PH 1.0. Bubar sahaja jawatan Menteri Ekonomi itu.

“Dulunya, Azmin Ali pegang jawatan itu. Tak berkesan pun,” katanya di sini tadi lapor KOSMO.

Beliau berkata, kewujudan kementerian itu tidak berkesan malah ekonomi negara dan rakyat semakin tergugat.

Shahrir berkata demikian sebagai respons kepada laporan berita berhubung kenyataan Rafizi yang memaklumkan kerajaan tidak bercadang untuk campur tanga.n segera dalam krisis kejatuhan pasaran modal dan ringgit ketika ini.

Rafizi berkata,  tiada sebarang perbincangan dibuat oleh kerajaan untuk terbabit secara terus dalam mengimbangi kejatuhan pasaran modal dan ringgit yang mencetuskan kebimbangan banyak pihak pada masa ini.

Menurutnya, kerajaan melihat setiap campur tangan bagi menyokong pasaran modal dan ringgit akan membabitkan kos yang besar, yang mana dana itu sepatutnya disalurkan kepada keperluan rakyat dan pembangunan ekonomi Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here