Program ‘Lendu Berselawat 2023’ catat Malaysia Book of Records

0
168

PROGRAM Lendu Berselawat 2023 yang berlangsung secara hibrid dalam talian malam tadi, disenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penyertaan teramai dalam himpunan berselawat peringkat institut pengajian tinggi.

Selain 11,386 pelajar, program julung kali anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka itu turut merekodkan penyertaan komuniti setempat dan warga UiTM seluruh negara.

Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor, berkata program dipimpin kumpulan Hadrah Shubhanul Muhibbin itu pada awalnya membabitkan pelajar bukan residen, namun diperluas kepada warga UiTM dan komuniti setempat dan ia mendapat sambutan luar jangk.

“Kira-kira 5,000 pelajar warga UiTM Melaka termasuk UiTM Rembau serta pembabitan pelajar dari Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM), Universiti Melaka (UNIMEL) dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) menyertai program.

“Lendu Berselawat juga ditonton secara langsung di Youtube dan Facebook Rasmi UiTM Cawangan Melaka bertemakan Mahasiswa Berakhlak, Generasi Ummah Bertaqwa terbabit sejajar dalam usaha menyeimbangkan pembangunan diri pelajar yang bukan sahaja dinilai dalam bidang akademik malah aspek kerohanian,” katanya, lapor BH Online.

Beliau ketika ditemui selepas Program Lendu Berselawat 2023 disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam itu berkata, program terbabit turut membabitkan ulama tersohor antaranya Syeikh Abd Razak Al Masri, Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmud dan Habib Nael Tahir .

Roziah berkata, program berselawat akan dilaksanakan setiap tahun terutama menjelang 1 Zulhijjah di setiap kampus universiti berkenaan.

Katanya, di samping mengekalkan status pengiktirafan UiTM sebagai universiti bertaraf global yang cemerlang dalam pembangunan akademik, universiti itu juga perlu menekankan aspek kerohanian dan agama, selain memupuk nilai insaniah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here