Ringgit terus lemah berbanding dolar AS pada pembukaan

0
132

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan sentimen berhati-hati menjelang keputusan berkaitan kadar faedah di AS pada Rabu.

Pada 9.06 pagi, ringgit berada pada paras 4.6220/6270 berbanding dolar AS daripada 4.6175/6220 yang dicatatkan pada akhir semalam.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran saham dilihat positif, didorong oleh jangkaan bahawa pihak Rizab Persekutuan AS berkemungkinan menangguhkan kenaikan kadar faedah menjelang pengumuman laporan Indeks Harga Pengguna AS, lewat hari ini.

“Berikutan itu, ringgit mungkin mencatat kenaikan kecil pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata kebanyakan pakar ekonomi menjangkakan Fed mengekalkan kadar faedah pada 5.25 peratus.

“Jika itu berlaku, dolar AS berkemungkinan susut berbanding dolar AS. Namun, jika kadar faedah meningkat kepada 5.5 peratus, gandingan dolar AS-ringgit dijangka meningkat kepada 4.7400,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7863/7925 daripada 5.8157/8214; mengukuh berbanding euro kepada 4.9742/9796 daripada 4.9804/9853 dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.3099/3138 daripada 3.3162/3197 sebelumnya.

Namun, unit tempatan itu diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4403/4442 daripada 3.4408/4444; naik berbanding baht Thailand kepada 13.3326/3535 daripada 13.3400/3599, namun susut sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 310.9/311.4 daripada 310.6/311.0 serta rendah pada 8.24/8.26 berbanding peso Filipina daripada 8.23/8.25.

BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here