Dua cedera bas rempuh lori

0
137

DUA penumpang cedera apabila bas ekspres dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu merempuh belakang sebuah lori di Jalan Tamparuli-Ranau berhampiran Kampung Kapa, Tamparuli, Tuaran, pagi tadi.

Penumpang lelaki yang cedera parah dikenali Nursiq Rahim, 31, manakala seorang lagi mangsa lelaki, Kantie Amir, 29, cedera ringan

Pemandu lori yang membawa muatan kayu dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.

Ketika kejadian bas itu membawa 33 penumpang termasuk dua mangsa yang cedera dan pemandu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 5.04 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati terdapat dua mangsa lelaki mengalami kecederaan dan segera diberi rawatan awal.

“Kedua-dua mangsa itu kemudian dihantar ambulans ke hospital Tuaran untuk rawatan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.

Katanya, operasi kemudian ditamatkan pada 6 pagi dan punca kemalangan masih dalam siasatan.

.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here