Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lelaki didakwa rogol anak tiri usia 11 tahun -

Lelaki didakwa rogol anak tiri usia 11 tahun

SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini, atas pertuduhan merogol anak tirinya.

Tertuduh berusia 63 tahun dihadapkan di hadapan Hakim Nooriah Osman atas tuduhan merogol mangsa berusia 11 tahun di sebuah rumah di daerah ini, antara jam 5.30 pagi hingga 6.30 pagi pada April lalu.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Lelaki berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebelum mahkamah menetapkan 11 Julai depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin lapor BH.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-Din, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.