CARA kerajaan menangani prestasi ringgit ketika ini tidak memberi keyakinan sama sekali apabila jawapan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sama dengan kenyataan yang dibuat sebelum beliau memegang jawatan itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam kenyataan hari ini, bekas perdana menteri itu turut mempersoalkan pendirian Anwar sama ada beliau “menyebelahi” bank atau bersama rakyat memandangkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini menaikkan Kadar Dasar Semalam (OPR) kepada 3% pada Mei lalu.
Bekas ahli Parlimen Langkawi mempersoalkan perkara itu sambil mengingatkan tindakan Anwar sebelum ini yang menyindir Tengku Zafrul Aziz ketika memegang jawatan menteri kewangan apabila OPR dinaikkan pada pentadbiran terdahulu lapor Malaysianow.
MENYUSUL LAGI
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.