JPM ditegur pengguna media sosial, silap guna gambar ucapan Hari Gawai

0
347

JABATANperdana Menteri ditegur kerana menggunakan gambar gandum sebagai hiasan untuk poster yang mengucapkan selamat menyambut pesta kaamatan dan hari gawai.

Selain pengguna Twitter, terdapat juga wartawan yang turut tampil menegur perkara itu.

“Usaha yang baik, tapi kamu sekurang-kurangnya tahu perbezaan antara padi dan gandum. 

“Tak susah nak buat kajian kat Google. Percuma lagi tu,” tulis seorang wartawan Ushar Daniele.

Kaamatan dan Gawai adalah pesta menuai padi di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, poster di Twitter itu dipadam tidak lama kemudian, tanpa sebarang penjelasan. 

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, poster sama masih dikekalkan di Facebook.

Poster itu dimuat naik bagi menyatakan ucapan selamat sempena sambutan pesta itu oleh timbalan ketua setiausaha kanan dan warga JPM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here