‘LIMA23 terbaik, Langkawi ini Kedah punya bos’ – Sanusi

0
194

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kerjasama diberikan agensi-agensi di bawah kerajaan negeri itu melancarkan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA23) di Pulai Langkawi.

Beliau berkata, LIMA dan Langkawi khususnya masih mendapat perhatian antarabangsa dengan penyertaan pasukan aerobatik ternama dan pempamer yang memiliki pelbagai aset pertahanan dan komersial yang canggih.

“Ini adalah LIMA pertama buat saya (sebagai Menteri Besar), saya bangga melihat persembahan maritim kerana mengenali ramai anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) yang terlibat.

“Saya teruja melihat keupayaan dan persiapan yang dibuat, malah aset yang dipamer semakin canggih. Saya lihat semua persiapan berjalan lancar dan bagus, saya rasa LIMA23 adalah yang terbaik setakat ini, ia sangat membanggakan. Langkawi ini Kedah punya lah bos,” katanya ketika ditemui pemberita lapor Warta Rakyat.

Muhammad Sanusi yang berpakaian lengkap Laksamana Pertama (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghadiri acara pembukaan LIMA23 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) Padang Matsirat, semalam.

Beliau turut mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan segmen maritim di Resort Word Langkawi (RWL).

Dalam pada itu, beliau mengajak orang ramai khususnya penduduk tempatan hadir menyaksikan persembahan khas dan pameran aset ketenteraan sepanjang LIMA23 berlangsung.

“Saya difahamkan persembahan aerobatik turut membabitkan pasukan Malaysia dan negara lain, bukan senang untuk bawa pasukan luar kerana (kos) bawa satu pesawat kena bayar berjuta, tetapi mereka datang percuma dan kita hanya bagi minyak sahaja.

“Ini suatu pengiktirafan kepada LIMA dan Kedah juga, mungkin kerana LIMA tidak diadakan selama empat tahun, jadi mereka ‘qada’ dan beri sokongan kepada kita,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here