Dua rakan didakwa bunuh ahli perniagaan

0
275

DUA rakan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas pertuduhan membunuh seorang ahli perniagaan yang mayatnya ditemukan dalam sebuah bagasi di gaung berketinggian 27 meter di Hulu Langat, Kajang.

Pemandu perkhidmatan e-hailing, J. Devan, 41 dan penganggur, S. Hariharan, 22, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan, di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama membunuh Mohamed Usman Chan Bacha, 41, di kawasan tebing curam, tepi jalan Sungai Tekali, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini antara 12.45 tengah hari, 26 April dan 6.40 petang, 28 April lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim manakala Devan diwakili peguam Kenny Tan Cheng Yee manakala rakannya tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here