Tun M fail saman RM150 juta terhadap Anwar

0
107

TUN Dr. Mahathir Mohamad memfailkan saman fitnah RM150 juta terhadap Dartk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa beliau memperkayakan dirinya, keluarganya dan rasis, antara lain.

Bekas perdana menteri berusia 97 tahun itu menuntut ganti rugi am RM50 juta dan teladan sebanyak RM100 juta.

Katanya, dakwaan itu mencalar imejnya sebagai negarawan dan bekas perdana menteri, lapor FMT.

Terdahulu media melaporkan, Dr. Mahathir meneruskan saman terhadap Anwar berhubung tuduhan beliau mengumpulkan kekayaan untuk diri dan keluarga beliau yang disifatkannya sebagai fitnah yang teruk.

Pada 28 Mac, Dr. Mahathir memberi tempoh tujuh hari kepada Anwar untuk menarik balik tuduhannya terhadap beliau yang dibuat semasa Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 18 Mac lalu.

Difahamkan, tempoh itu kemudiannya dilanjutkan kepada dua minggu.

Anwar dalam ucapannya antara lain berkata ‘ada orang’ yang memimpin negara ‘selama 22 tahun ditambah 22 bulan’ kini bercakap mengenai nasib orang Melayu.

“Bagaimana tak hilang kalau kamu bolot untuk kamu, untuk keluarga kamu dan anak-anak kamu.

“Sekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat,” kata Anwar.

Mahathir berkata perdana menteri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian tanpa bukti yang jelas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here