BN diizin cabar kemenangan PN di Masjid Tanah, Kemaman

0
129

MAHKAMAH Persekutuan hari ini membenarkan Barisan Nasional (BN) mencabar dua keputusan yang memihak kepada Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

Panel tiga hakim yang bersidang sebulat suara membenarkan rayuan dua calon BN masing-masing untuk kerusi Parlimen Masjid Tanah di Melaka dan Parlimen Kemaman di Terengganu.

Panel itu dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, lapor Malaysiakini.

Dalam permohonan yang dikemukakan itu calon BN membangkitkan isu rasuah yang didakwa terlibat dalam PRU di dua kawasan berkenaan.

Untuk rekod kerusi Masjid Tanah dimenangi Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mengalahkan tiga calon lain dengan kelebihan 4,411 undi, manakala Che Alias Hamid mengekalkan kerusi Kemaman dengan majoriti 27,179 undi.

Mas Ermieyati merupakan calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dan Che Alias dari Pas.

Dengan ketetapan dibuat Mahkamah Persekutuan hari ini, isu kesahihan keputusan PRU ke-15 bagi kerusi Masjid Tanah dan Kemaman akan dikembalikan kepada mahkamah pilihan raya untuk perbicaraan penuh.

Pada 7 Februari, mahkamah pilihan raya di Melaka membenarkan bantahan daripada Mas Ermieyati untuk membatalkan petisyen dikemukakan calon BN di situ, Abdul Hakim Abdul Wahid.

Enam hari kemudian, mahkamah pilihan raya di Terengganu pula membenarkan bantahan awal Che Alias untuk membatalkan petisyen calon BN Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here