Rumah terbuka: Hassan Karim saran guna dana parti

0
189

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyarankan supaya kerajaan menggunakan dana parti bagi menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Madani.

Jelas beliau, adalah menjadi kesalahan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan wang kerajaan pusat untuk mengadakan majlis tersebut di banyak negeri.

“Ia jelas satu penyalahgunaan kuasa, termasuklah jika kakitangan awam dan jentera kerajaan digunakan untuk mengendalikan rumah-rumah terbuka tersebut.

“Memang ada peruntukan Perdana Menteri untuk mengadakan majlis rasmi keraian seperti rumah terbuka hari raya. Tetapi di satu tempat sahaja misalnya di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Tambah Hassan, meskipun jumlah digunakan tidak mencecah jutaan ringgit, namun perlu diingatkan ia adalah duit awam dan perlu dibelanjakan secara berhemah, tidak melanggar etika moral dan undang-undang.

Jelasnya, satu ketika dahulu Perdana Menteri India, Indira Ghandi pernah didapati menggunakan helikopter kerajaan untuk berkempen dalam pilihan raya sehingga menyebabkan kerajaannya tumbang.

“Berapalah sangat duit kerajaan India digunakan untuk menerbangkan sebuah helikopter kerajaan untuk Perdana Menteri India, Indira Ghandi berkempen pilihan raya katanya,” lapor Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here