Imam cedera dilanggar ketika berjalan kaki

0
119

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SEORANG imam di surau Kampung Parit Haji Yusof, Benu, Pontian yang sedang berjalan kaki cedera selepas dilanggar sebuah kenderaan di jalan kampung tersebut pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 1.43 petang ketika mangsa, Zulkifli A. Ajis, 39, sedang berjalan kaki di tepi jalan itu sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota.

“Pihak polis menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 2.17 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa sedang berjalan kaki dari arah rumah kawannya di persimpangan empat jalan tersebut. Kemudian kenderaan tersebut sampai dan melanggar mangsa.

“Mangsa yang bekerja kampung dan merupakan penduduk kampung berkenaan dilanggar kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut mangsa mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Klinik Merlong sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Batu Pahat.

Menurutnya, punca kemalangan kerana pemandu kenderaan yang merupakan lelaki tempatan berusia 33 tahun itu tidak perasan mangsa sedang berjalan kaki di tepi kanan jalan tersebut.

“Suspek sudah ditahan dan ujian saringan kencing terhadapnya mendapati negatif daripada pengaruh alkohol atau dadah ,” katanya.

Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here