Pejabat KWSP dipenuhi protes bantah cagaran bank

0
210

SEKUMPULAN orang ramai berkumpul di ibu pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kuala Lumpur bagi membantah tindakan kerajaan membenarkan simpanan pekerja dicagarkan untuk pinjaman bank.

Mereka juga menuntut supaya kerajaan membenarkan mereka mengeluarkan wang KWSP masing-masing.

Beberapa NGO terlibat sama dalam perhimpunan itu, termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Pertubuhan Hak Asasi Manusia Sedunia dan Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Selangor (PGIR).

Pegawai Khas PPIM berkata membenarkan pencarum mencagarkan wang dalam Akaun 3 KWSP mereka tidak akan membantu golongan penganggur.

Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) KWSP bertujuan membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan, setakat ini MBSB dan Bank Simpanan Nasional.

Bagaimanapun ia tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk had umur dan jumlah minimum simpanan KWSP.

Setakat kelmarin, seramai 59,230 orang telah FSA2 sejak dibuka pada 7 April, tetapi hanya 27,705 sahaja yang layak, lapor MalaysiaKini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here