Wanita, adik ipar direman bantu siasatan salah guna kuasa

0
242

SEORANG kakitangan awam dan adik iparnya direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa bagi mendapatkan beberapa perolehan pembekalan di sebuah jabatan Persekutuan sejak 2019.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nik Tarmizie Nik Mohd Sukri terhadap ketua pembantu tadbir berusia 44 tahun dan pemilik syarikat berusia 39 tahun itu.

Kedua-dua wanita itu masing-masing ditahan pada pukul 1.45 petang dan 2.10 petang semalam, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber SPRM, kes salah guna kuasa itu dipercayai telah berlaku sejak 2019 dan melibatkan lebih 10 perolehan pembekalan yang keseluruhannya mencecah kira-kira RM30,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here