Lelaki ditahan, disyaki khianat pecah cermin rumah bekas isteri

0
259

POLIS menahan seorang lelaki yang disyaki melakukan khianat dengan memecahkan cermin rumah bekas isterinya di Taman Pinji Mewah, di sini, seperti yang tular dalam media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut pada Selasa.

Menurutnya, hasil siasatan yang dilakukan, polis berjaya memberkas seorang lelaki tempatan, berumur 46 tahun yang dipercayai bertanggungjawab terhadap kes tersebut, di Taman Ipoh, semalam.

“Keputusan ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapatinya positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam kenyataan di sini menurut Astro AWANI.

Suspek akan direman hari ini untuk membantu siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat) dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan (pencerobohan jenayah).

Yahaya berkata, dengan tertangkapnya suspek tersebut, polis percaya kes berkenaan telahpun selesai.

Justeru beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video berkenaan sehingga menjejaskan siasatan polis dan menimbulkan kegusaran masyarakat.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi 25 saat yang memaparkan seorang lelaki membuat khianat dengan memecahkan cermin sebuah rumah di Taman Pinji Ipoh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here