Jakim nafi keluarkan poster tarikh Hari Raya

0
115

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023.

Jakim menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya menasihatkan umat Islam di negara ini supaya menghormati proses sebenar penentuan tarikh Hari Raya.

Menurutnya, tarikh Hari Raya hanya akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) selaku pihak yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai tangkap layar poster kalendar Islam yang memaparkan tarikh-tarikh penting hari keraian Islam pada tahun ini.

Menurut laporan Astro AWANI, tangkap layar turut memaparkan beberapa tarikh sambutan seperti Hari Israk Mikraj, Hari Nisfu Syaaban serta Aidilfitri yang dikatakan bakal disambut pada 21 April ini iaitu pada Jumaat.

Poster itu juga didapati memaparkan logo rasmi Jakim dan nama laman rasmi media sosial Jakim iaitu, MyJakim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here