Bersara dari perjuangan kerana usia ‘teori Barat sekular tak beragama’- Hadi

0
172

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, saranan supaya bersara daripada perjuangan kerana usia wajib ditolak sekalipun daripada pemikir dan ilmuan.

Saranan sedemikian katanya, wajib ditolak sekalipun yang mengatakannya ahli falsafah dan profesor kerana ‘ilmunya tidak berpandukan hiyadah’.

“Ukuran mereka itu hanyalah faktor umur, bukan faktor mukallaf,” katanya dalam Facebook miliknya, hari ini.

Mukallaf bermaksud orang cukup umur yang wajib melaksanakan perintah Tuhan.

Mengambil contoh rasul, Hadi berkata, utusan Tuhan berdakwah dan berpolitik sepanjang hayat sehingga ajal, dan tidak bersara daripada tugas tersebut disebabkan faktor usia.

“Oleh itu, teori supaya bersara daripada perjuangan kerana usia adalah semata-mata teori Barat sekular yang tidak beragama dan tidak berwawasan akhirat,” katanya.

“Ia bukan daripada ajaran Islam yang berwawasan akhirat.”

Sementara itu, Hadi berkata hadis menjelaskan betapa besar perjuangan ‘menegakkan kebenaran menentang pihak yang salah secara berterusan’.

“Maka, nasihat supaya bersara daripada perjuangan menegakkan perintah Allah adalah perbuatan yang salah dan bercanggah dengan ketetapan dalam Islam,” katanya, lapor FMT.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here