‘Tuanku tahu saya ada di sini’ – Noorazlan

0
193

PEMANDU teksi, Noorazlan Ismail yang berjaya menamatkan misi berjalan kaki dari Skudai, Johor ke Istana Negara bagi memperjuangkan pengeluaran simpanan KWSP bersasar bersyukur perjuangannya mendapat reaksi positif Istana Negara.

Beliau yang memulakan perjalanan dari Skudai pada 28 Mac lalu dan tiba di Kuala Lumpur pada Ahad, mengakui terkejut dengan penerimaan pihak Istana Negara.

“Saya bajet (jangka) pun, saya sampai pintu Istana Negara sahaja. Tapi sampai-sampai dapat bertemu… syukur,” ujarnya pada sidang media selepas menyerahkan memorandum hari ini.

Hadir menemani beliau memasuki pekarangan Istana Negara bagi menyerahkan memorandum supaya kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan KWSP, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Noorazlan juga percaya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mengikuti perkembangan inisiatif yang dilakukannya.

“Walaupun saya tak dapat jumpa Tuanku, tapi Alhamdulillah saya dapat cenderahati daripada Tuanku.

“Bermaksud baginda tahu saya di sini. Alhamdulillah,” katanya.

Menurut Noorazlan, perjalanan selama enam hari juga dipermudahkan dan ramai yang ingin membantu sepanjang perjalanan itu.

“Alhamdulillah, kaki saya sekadar melecet. Ramai yang mahu bantu beri duit dan tumpangkan saya.

“Tapi bukan itu motif. Kalau nak cepat sampai lebih baik naik bas.

“Saya mahu pemimpin nampak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here