Penjual surat khabar bayar RM50 peluk remaja perempuan

0
255

PERBUATAN biadab seorang warga asing melakukan amang seksual dengan ‘memeluk’ remaja perempuan terbongkar apabila ditahan polis semalam di sekitar Ampang Jaya. 

Malah, suspek yang juga penjual surat khabar itu turut memberi upah sebanyak RM50 terhadap mangsa berusia 13 tahun berkenaan dalam kejadian di Jalan Kampung Fajar, di sini, Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian pukul 7 pagi itu dipercayai berlaku apabila suspek datang ke rumah mangsa dan masuk ke biliknya.

“Suspek kemudian memegang badan mangsa, memegang lengan kanan dan kiri serta memeluk mangsa. 

“Selepas itu, mangsa diberikan wang RM50 sebagai ganjaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, susulan itu polis menahan lelaki warga asing berusia 48 tahun di sebuah rumah dekat sini, semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya lapor Utusan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here