Ahli Parlimen DAP kumpul sumbangan RM2 juta bayar kes saman fitnah

0
184

AHLI Parlimen Kepong, Lim Lip Eng memperolehi dana mencukupi RM2 juta untuk membayar ganti rugi kepada sebuah firma e-dagang dan pengasasnya seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi, minggu lalu.

Beliau berkata, sebanyak RM2.25 juta berjaya dikutip dan meminta orang awam menghentikan sumbangan.

“Tidak cukup untuk saya berterima kasih terhadap kebaikan dan bantuan ketika saat sukar ini. Saya berasa rendah diri dengan kemurahan hati itu,” katanya di laman Facebooknya, hari ini.

Hakim Datuk Akhtar Tahir minggu lalu membuat keputusan agar Lip Eng membayar ganti rugi kesemuanya berjumlah RM2 juta selepas mendapati beliau bertanggungjawab memfitnah Jessy dan MonSpace yang bertindak selaku plaintif pertama dan kedua dalam tuntutan saman difailkan mereka.

Jessy dan MonSpace memfailkan saman terhadap Lip Eng (defendan) pada Jun 2019, kerana mendakwa defendan mengeluarkan kenyataan fitnah yang diterbitkan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Cina bahawa mereka menjalankan perniagaan haram dan menipu pelabur dari negara China.

Jessy berkata, Lip Eng membuat kenyataan itu pada Mei 2017 dan November 2018 apabila beliau membawa sekumpulan individu, yang dikatakan pelabur MonSpace, ke pejabat Lai dan kemudiannya membuat laporan polis terhadapnya.

Mengulas lanjut, Lip Eng berkata juruaudit bertauliah akan dilantik untuk memastikan akauntabiliti dan ketelusan dalam penyerahan derma itu.

“Perjalanan untuk mendapatkan keadilan adalah panjang dan sukar. Keadilan mungkin lambat tetapi ia akan hadir juga.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang menyokong keadilan dan menyokong saya,” katanya, lapor BH Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here