Tukang urut tak mengaku bersalah, cabul pelanggan 16 tahun

0
216

TUKANG urut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan yang juga pelanggannya.

Tertuduh, Ishak Abdul Rahman, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 16 tahun 10 bulan di sebuah pondok di Dungun, jam 8.45 malam pada 21 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin.

Menurut laporan Harian Metro, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here