Prestasi Kerajaan masih banyak perlu diperbaiki, kos sara hidup tidak selesai

0
158

MASIH banyak perlu diperbaiki

Demikian respons Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan ketika ditanya prestasi Kerajaan Perpaduan menjelang 100 hari pentadbirannya.

Tegasnya, banyak retorik dikeluarkan dan banyak juga perkataan sastera baharu namun isu pokok melibatkan rakyat masih belum diselesaikan.

“Banyak retorik-retorik yang dikeluarkan, banyak perkataan sastera baharu yang digunakan tapi penyelesaian untuk rakyat, kita belum nampak. Rakyat merintih di luar sana, minta KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) bersasar.

“Duit mereka, bukan duit kerajaan, tak susah pun nak diberikan tapi tidak dilayan oleh kerajaan. Begitu juga perkara lain, seperti elaun sara hidup untuk nelayan, diminta naikkan dari RM300 ke RM500, juga tiada layanan daripada kerajaan… banyak lagi lah.

“Jadi saya rasa penyelesaian mengenai kos sara hidup rakyat belum dapat dilahirkan secara tuntas oleh kerajaan sekarang dan saya harap akan ada perubahan selepas ini,” katanya ketika ditemui di Bangunan Parlimen, lapor Astro AWANI.

Tambah beliau, kerajaan selepas ini harus memberikan tumpuan kepada isu kos sara hidup rakyat.

Menurutnya, beliau faham kerajaan sekarang sedang cuba melahirkan idea-idea baharu untuk menyelesaikan isu tersebut namun tidak boleh mengambil masa terlalu lama.

Wan Saiful juga mencadangkan kerajaan menyediakan platform buat pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) menyampaikan pandangan mereka berkaitan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here