Hasni umum rebut jawatan naib presiden UMNO

0
146

BEKAS Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad mengesahkan bakal bertanding jawatan naib presiden UMNO dalam pemilihan parti itu akan datang.

Ahli Parlimen Simpang Renggam dan Adun Benut itu menyerahkan borang pencalonan di Ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, mengambil keberkatan hari Jumaat, saya menyerahkan borang pencalonan bagi naib presiden UMNO pada pemilihan kali ini,” katanya dalam kenyataan ringkas di Facebook.

Terdahulu FMT melaporkan, Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani turut mengesahkan bertanding jawatan naib presiden UMNO selepas menyerahkan borang pencalonan.

Jawatan naib presiden UMNO disandang bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; bekas menteri pembangunan luar bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid; dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Khaled dan Mahdzir mengesahkan akan mempertahankan jawatan mereka.

Kini, hanya tinggal Ismail yang masih belum menyatakan pendirian setakat ini.

Pemilihan jawatan dalam pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri diadakan pada 11 Mac ini.

Pemilihan jawatankuasa UMNO Bahagian, naib presiden bersama pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi pula diadakan pada 18 Mac.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here