Kes Jana Wibawa: Siasatan terhadap Muhyiddin masih berjalan – Azam Baki

0
164

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung projek Jana Wibawa.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuhan Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kes melibatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu masih belum diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

“Perkara itu saya tidak boleh ulas, sebab siasatan masih lagi berjalan. Itu saya serahkan kepada Peguam Negara. (Kertas siasatan berkaitan Tan Sri Muhyiddin) belum lagi (dihantar kepada Peguam Negara), masih lagi dalam siasatan,” katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Muhyiddin semasa sidang media berkaitan kes Jana Wibawa, Datuk Wan Saiful Wan Jan di Mahakamah Kuala Lumpur berkata, beliau telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sepanjang siasatan dilakukan terhadapnya berhubung projek berkenaan.

Muhyiddin mengesahkan telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai projek tersebut pada 18 Februari lepas.

Katanya, ia berkaitan penganugerahan kepada kontraktor terpilih di bawah projek berkenaan, yang didakwa oleh pihak tertentu berkemungkinan terdapat unsur tatacara perolehan yang tidak mengikut peraturan lapor Astro AWANI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here