Pihak berkuasa terus siasat individu disebut dalam Pandora Papers, kata PM

0
155

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beberapa individu dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkait siasatan Pandora Papers, lapor FMT.

Anwar memberitahu Dewan Rakyat, pihak berkuasa dan badan yang terbabit – SPRM, LHDN, Bank Negara Malaysia (BNM) serta polis – sedang menunjukkan kesungguhan mereka mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana ahli politik disebut dalam laporan berkenaan.

“Semua yang lari daripada cukai, yang melanggar daripada undang-undang itu sedang disiasat, dan beberapa tindakan sudah pun diambil.

“(Tetapi) sebelum pendakwaan dibuat saya tak boleh beri penjelasan lebih daripada itu, namun saya beri jaminan dari sudut badan-badan yang telah melapor kepada saya, arahan daripada saya itu jelas.

“Jangan ambil sambil lewa tindakan ini dan biarlah ia sebagai pengajaran dan negara tidak mampu lagi mengizinkan hal ini diteruskan,” katanya menjawab soalan tambahan Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian).

Pandora Papers, diterbitkan pada 2021 mendedahkan transaksi golongan elit dan korup menyembunyikan aset bernilai beberapa trilion dolar AS dalam pelbagai akaun luar pesisir.

Mereka dilapor mengambil langkah tersebut, antara lain bertujuan mengelak membayar cukai.

Mereka dilapor mengambil langkah tersebut, antara lain bertujuan mengelak membayar cukai.

Antara pemimpin politik tempatan disebut dalam laporan itu melibatkan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz; Yamani Hafez Musa; Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Tun Daim Zainuddin; dan Pengerusi Eksekutif Westports Tan Sri G Gnanalingam.

Anwar ketika mengulas lanjut, berkata tindakan pendakwaan hanya dilakukan berdasarkan bukti dan fakta.

“Kalau ada bukti ada fakta, maka tindakan diambil. kalau tindakan diambil tanpa fakta, maka itu boleh dicabar sebagai penyalahgunaan kuasa ataupun dikatakan motif politik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here