Wanita didakwa bunuh suami

0
140

WANITA warga India dan rakan sekerja didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini, atas tuduhan membunuh suaminya di sebuah rumah kebajikan orang tua di Subang Jaya, dua tahun lalu.

Tertuduh, Varun Kumar, 30, dan Lachhami Devi, 23, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan secara bersama dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh warga India yang juga rakan sekerja di rumah kebajikan itu kerana kes berkenaan berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh Arshdeep Singh, 25, pada jam 1.30 pagi di sebuah rumah kebajikan orang tua di Subang Jaya, 31 Oktober 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Iman Ahmad Sapian dan Varun diwakili peguam, Dr Pritam Singh Doal manakala Lachhami Devi tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April depan.

Media pada 4 Februari lalu melaporkan polis memberkas lelaki warga India disyaki membunuh suami kekasihnya di sebuah banglo di Subang Jaya sebelum menanam mayat di lereng bukit belakang premis itu.

Suspek ditahan berikutan polis menerima laporan orang awam pada jam 4.45 petang pada 2 Februari lalu, selepas lelaki itu didakwa mengaku membunuh dan menanam rakan senegaranya lapor Harian Metro.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here