Turkiye: Angka korban gempa bumi meningkat kepada 4,372

0
312

JUMLAH kematian akibat gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria pada Isnin meningkat kepada 4,372.

Angka korban di Turkiye meningkat kepada 2,921 setakat pagi Selasa dengan 15,834 dilaporkan cedera, menurut ketua perkhidmatan bencana Turkiye Yunus Sezer dalam sidang akhbar di Ankara.

Sezer berkata beliau akan memaklumkan kemas kini yang lebih komprehensif pada jam 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

Manakala di Syria, 1,451 kematian dan 3,531 kecederaan telah dilaporkan oleh pihak berkuasa.

Menurut laporan Astro AWANI, gempa bumi kuat 7.8 magnitud menggegarkan Turkiye dan Syria meranapkan ribuan bangunan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here