Lemas setelah jatuh ke sungai ketika menjala

0
177

Oleh RIZQI ZABIDI

SEORANG lelaki meninggal dunia setelah terjatuh ketika menjala ikan di sungai Kampung Batu 6, Jalan Sanglang, Kedah hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamata Jitra, Penolonng Kanan Penguasa Bomba, Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pukul 4.59 petang.

“Setibanya di lokasi, pihak bomba terus menjalankan pencarian di permukaan dengan dibantu penduduk kampung.

“Mangsa kemudiannya ditemukan penduduk kampung kira-kira pukul 5.39 petang dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here