[VIDEO] Murid sekolah terjatuh selepas jeti runtuh di Sabah

0
269

TINDAKAN pantas beberapa guru berjaya menyelamatkan lebih 20 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag, Semporna daripada lemas apabila jeti di Kampung Pulau Pababag, runtuh pagi tadi.

Rakaman video itu tular di media sosial memaparkan murid yang lengkap berpakaian sekolah terjatuh ke dalam laut.

Beberapa guru yang turut berada di jeti kemudian terjun menyelamatkan murid-murid berkenaan.

Ketua Umno Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan berkata, semua murid dan guru selamat.

Katanya, kejadian itu berlaku pagi tadi membabitkan murid dan penduduk kampung.

“Guru-guru yang turut berada di kawasan itu kemudian terjun menyelamatkan murid mereka.

“Alhamdulillah, semua murid dan guru selamat,” katanya, lapor Harian Metro.

Abdul Manan berkata, beliau sudah memaklumkan kejadian itu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri berkaitan.

“Alhamdulillah kebetulan Timbalan Perdana Menteri datang ke Sabah, jadi kami kemukakan video kejadian itu supaya peruntukan segera diberikan.

“Beliau (Timbalan Perdana Menteri) setuju supaya jambatan dan jeti dibina secepat mungkin,” katanya.

Video tular di media sosial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here