Adakah lantikan keluarga akan jadi kebiasaan – Radzi

0
226

NAIB Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mempersoal tindakan pemimpin negara yang melantik ahli keluarga menjawat jawatan akan menjadi kebiasaan baharu dalam tadbir urus kerajaan ketika ini.

Bekas Menteri Pendidikan itu mengaitkan pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat ekonomi dan kewangan oleh bapanya yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kira-kira sebulan lalu.

“Ada yang menyatakan bahawa “Nurul Izzah bukan terima gaji pun sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada ayahnya di Kementerian Kewangan. Jadi, apa salahnya?”.

“Sekiranya itu hujah yang digunakan, adakah bermakna selepas ini Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri boleh melantik anak isteri mereka sebagai penasihat tanpa gaji di kementerian masing-masing atas pelbagai justifikasi?

“Adakah ini akan menjadi kebiasaan baharu dalam tadbir urus kerajaan,” soalnya  di hantaran  Facebook hari ini.

Terdahulu media melaporkan, tindakan Anwar yang juga Presiden PKR melantik ‘Puteri Reformis’ itu sebagai penasihat beliau tanpa hebahan menerima pelbagai reaksi dan kecaman.

Malah berita itu diketahui setelah Nurul Izzah mengesahkannya dalam satu temu bual bersama sebuah media tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here