Amaran hujan berterusan di enam negeri

0
173

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan berlaku di enam negeri pada hari ini.

MetMalaysia melalui laman sesawangnya memaklumkan, negeri terlibat adalah Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

“Amaran hujan berterusan kategori buruk di janga berlaku di Pahang di daerah Rompin dan Johor di Mersing dan Kota Tinggi.

“Manakala, bagi kategori waspada pula hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh; seluruh Terengganu dan Pahang di daerah Kuantan dan Pekan,” tulis laman tersebut, lapor Kosmo!.

Turut menerima amaran waspasa di Johor iaitu Segamat, Kluang, Kulai dan Johor Bahru; Di Sarawak pula melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau) manakala Sabah di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here