Hot FM ‘tawar’ Khairy jadi penyampai radio

0
431

BEKAS Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sekali lagi dilamar oleh sebuah stesen radio Hot FM sebagai gandingan baharu bersama Johan, Farah Fauzana serta AG Azmeer dalam segmen Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat.

Hot FM menerusi surat terbuka yang dimuat naik di laman Instagramnya malam tadi memaklumkan, pihaknya ingin menawarkan bekas Menteri Kesihatan itu jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi.

“Salam tuan KJ (Khairy Jamaluddin), apa kata cuba bidang baharu sebagai penyampai di Hot FM bersama Johan, Fafau (Farah Fauzana) dan AG di Bekpes Hot? On ke tak on?,” tulis Hot FM di ruangan kapsyen.

Terdahulu, selepas Khairy Jamaluddin diumumkan sebagai salah satu nama yang dipecat daripada UMNO, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pantas ‘meminang’ bekas Menteri Belia dan Sukan itu bagi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT)

Tawaran itu dibuat oleh pemilik JDT sendiri di laman Story Instagram miliknya.

“CEO masa depan JDT dan penasihat pembangunan Johor,” tulisnya, lapor Kosmo!.

Segmen Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat bersama Johan, Fara Fauzana dan AG

Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang maklum balas diberikan oleh Khairy Jamaluddin berhubung kedua-dua tawaran itu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here