44 penumpang cemas bas persiaran terbakar di Tol

0
165

SERAMAI 44 penumpang berdepan detik cemas selepas bas persiaran dinaiki mereka terbakar di Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 6.19 pagi.

“Bas persiaran itu dari Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur dan mengalami kebakaran 100 peratus.

“Bagaimanapun, seramai 44 penumpang dan pemandu bas terbabit berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hafisham berkata, kebakaran tersebut turut merebak dan menyebabkan bumbung pondok tol terbakar 10 peratus.

“Api berjaya dipadamkan kira-kira setengah jam kemudian. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya, lapor BH Online.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here