COO, perunding syarikat pembinaan direman kes tuntutan palsu berkait projek RM389 juta

0
263

SEORANG ketua pegawai operasi dan seorang perunding syarikat pembinaan warga United Kingdom (UK) direman enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berkaitan sebuah projek bangunan 41 tingkat di ibu negara berjumlah RM389 juta.

Perintah reman terhadap dua lelaki berumur lingkungan 50-an itu, dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin setelah membenarkan permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Semalam, kedua-dua individu itu ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada kira-kira 3 petang ketika hadir memberikan keterangan.

Menurut sumber SPRM, kedua-dua individu itu dipercayai bersubahat membantu syarikat pembinaan tersebut mengemukakan sejumlah tuntutan palsu kepada sebuah syarikat pelaburan.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim yang mengesahkan penahanan itu memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here