Bomba potong jeriji tingkap, selamatkan dua beranak daripada kebakaran

0
219

DUA beranak berjaya diselamatkan anggota bomba apabila rumah mereka musnah terbakar di Bandar Universiti, di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota bomba menggunakan peralatan khas memotong jeriji tingkap bagi mengeluarkan dua mangsa iaitu ibu dan anak perempuannya.

Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.04 pagi, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar dengan dibantu BBP Parit bergegas ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas A berkeluasan 20×70 yang musnah terbakar 30 peratus.

“Dua mangsa wanita iaitu ibu dan anak perempuannya berjaya diselamatkan oleh anggota bomba, dengan memotong jeriji tingkap dan keluar melalui tingkap.

“Tiada kecederaan yang dialami oleh mangsa tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini lapor Astro AWANI.

Katanya lagi, anggota bomba membuat kerja pemadaman dengan menggunakan satu aliran 100 kaki dua pancutan dengn sumber air dari tangki jentera.

Operasi yang diketuai oleh PPgB Muhamad Ashraf Mat Isa itu tamat pada jam 4.15 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here