COVID-19: 420 kes positif, 4 kematian dilaporkan semalam

0
216

JANGKITAN harian kes positif baharu COVID-19 di negara ini mencatatkan penurunan dengan 420 kes dilaporkan setakat malam semalam, berbanding 513 kes sehari sebelumnya.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman sesawang KKMNOW menunjukkan sebanyak 417 kes adalah penularan tempatan, manakala tiga lagi kes import.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan 5,027,097 kes sejak COVID-19 mula dikesan pada Januari 2020.

Setakat tengah malam tadi, empat kematian direkodkan dengan dua daripadanya membabitkan kematian luar hospital (BID) menjadikan statistik kematian adalah sebanyak 36,857.

Terdapat 11,871 kes aktif COVID-19, termasuk 30 pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan sembilan daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 609 pesakit menerima rawatan di hospital, bagaimanapun tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).

Sejumlah 11,232 pesakit lagi menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Seramai 547 pesakit dilaporkan sembuh. Penggunaan katil ICU juga berada pada paras 62.8 peratus.

Menurut laporan BH Online, seramai 70 individu mendapatkan suntikan dos utama vaksin COVID-19 semalam dan 139 mendapatkan dos penggalak pertama dan 870 individu lain pula mendapatkan dos penggalak kedua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here